Lokasi serangan di gereja Notre Dame di Nice, Perancis. Foto AFP
Lokasi serangan di gereja Notre Dame di Nice, Perancis. Foto AFP
AFP

New York: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk insiden seorang lelaki bersenjatakan pisau membunuh tiga individu di dalam sebuah gereja di Nice, Perancis, semalam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji itu yang berlaku di gereja Notre Dame di Nice.

"Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan sekali lagi menegaskan solidariti PBB bersama rakyat serta Kerajaan Perancis," kata jurucakap, Stephane Dujarric.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2020 @ 12:06 PM