PEKERJA salun mengamalkan langkah pencegahan ketika mewarnakan rambut pelanggan di Mexico City. FOTO AFP
PEKERJA salun mengamalkan langkah pencegahan ketika mewarnakan rambut pelanggan di Mexico City. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Kes Covid-19 di Mexico melepasi 200,000 dengan lebih 25,000 kematian.

Jurucakap sekretariat kesihatannya berkata, sejumlah 202,951 kes jangkitan dilaporkan sejak virus terbabit pertama kali dikesan di negara ini, empat bulan lalu.

Negara dengan 127 juta penduduk itu melaporkan kes pertama Covid-19 pada 28 Februari.

Kerajaan hanya menguatkuasakan sekatan pergerakan, pada akhir Mac,

Ia tidak membenarkan aktiviti bukan keperluan daripada beroperasi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sudah mengumumkan untuk membuka semula ekonominya bermula 1 Jun lalu.

Tetapi, Mexico City masih dikenakan perintah lockdown.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2020 @ 11:14 AM