GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Bangkok: Penyelidik Thailand merancang untuk memulakan ujian klinikal vaksin Covid-19 pada Oktober selepas ujian terhadap monyet menghasilkan antibodi tahap tinggi terhadap virus tersebut, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Kiat Ruxrungtham, Pengarah Program Pengembangan Vaksin Universiti Chulalongkorn di Bangkok berkata, selepas percubaan terhadap monyet memberikan hasil memberangsangkan, langkah seterusnya adalah menghasilkan 10,000 dos untuk ujian ke atas manusia.

Vaksin paling berpotensi, yang dibangunkan penyelidik Thailand akan dihantar ke Amerika Syarikat dan Kanada bagi tujuan pengeluaran.

Menurut rancangan, percubaan pertama ke atas manusia, membabitkan 75 sukarelawan akan bermula sebelum akhir tahun ini, katanya.

Sukarelawan itu akan dipisahkan kepada dua, kumpulan pertama untuk individu berusia 18 hingga 60 tahun dan kumpulan kedua berumur 60 hingga 80 tahun.

Fasa kedua akan mendaftarkan 500-1,000 sukarelawan pada September. Sekiranya semua berjalan lancar, vaksin akan boleh digunakan pada pertengahan tahun depan, tambahnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 5:47 PM