FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Bangkok: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand menemui kandungan nitrat dan asid benzoik dalam sosej yang dipercayai menjadi punca ramai kanak-kanak jatuh sakit kerana makan produk yang tidak mencapai standard ditetapkan.

Timbalan Setiausaha Agung FDA, Weerachai Nolwachai berkata, organisasinya mengambil tindakan selepas Pusat Racun Hospital Ramathibodi mendapati 14 kanak-kanak menghidap methemoglobinemia selepas mengambil sosej tanpa jenama di lapan wilayah iaitu Chiang Mai, Phetchaburi, Saraburi, Trang, Phayao, Songkhlra, Nakhon Si Thammarat dan Kanchanaburi , lapor agensi berita Thailand (TNA).

Katanya, pegawai FDA dan Kementerian Kesihatan Awam mengumpul 102 sampel sosej di seluruh negara.

Pemeriksaan telah diakhiri dengan 44 sampel, 22 daripadanya adalah substandard dan pengeluar mereka menghadapi tindakan undang-undang, kata Weerachai.

FDA mendapati tahap berbahaya nitrat digunakan sebagai pengawet dan juga asid benzoik yang dilarang digunakan dalam sosej, katanya.

Ambang selamat nitrat yang digunakan dalam makanan ditetapkan pada 80 miligram per kilogram makanan.

Mereka yang menggunakan benzoik dalam makanan boleh didenda sehingga 20,000 baht, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2022 @ 7:21 PM