FOTO fail menunjukkan Menteri Pengangkutan Udara Pakistan, Sarwar Awana (berjaket hitam) melawat lokasi nahas. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan Menteri Pengangkutan Udara Pakistan, Sarwar Awana (berjaket hitam) melawat lokasi nahas. FOTO AFP
AFP

Karachi: Salah seorang daripada dua penumpang yang terselamat dalam nahas pesawat Pakistan Airlines (PIA) yang terhempas di sini mengakui melompat daripada bangkai pesawat terbakar sebelum ke kawasan perumahan berhampiran untuk menyelamatkan dirinya.

Penumpang berkenaan, Mohammad Zubair membuat pengakuan itu menerusi rakaman video dirakam di katil hospital yang turut tular di laman sosial.

"Selepas nahas itu berlaku dan kembali sedar, saya tidak nampak sesiapa melainkan api.

"Saya juga terdengar suara tangisan dan semua yang berada di situ berusaha menyelamatkan diri.

"Saya buka tali pinggang keselamatan dan berjalan mengikut arah cahaya sebelum terjun keluar daripada pesawat," katanya.

Menteri Kesihatan mengesahkan Mohammad Zubair mengalami kecederaan akibat melecur tetapi dalam keadaan stabil.

Selain Mohammad Zubair, seorang lagi penumpang yang dilaporkan selamat adalah Presiden Bank Punjab, Zafar Masud.

Pesawat PIA itu yang mahu mendarat Lapangan Terbang Jinnah di sini, terhempas di sebuah kawasan kejiranan, kira-kira 3.2 kilometer di timur laut lapangan terbang berkenaan.

Ketika kejadian, ia dalam perjalanan dari Lahore.

Ia mengorbankan 97 orang yang berada di pesawat berkenaan dan empat lagi individu di kawasan perumahan itu, cedera.

Ketua Pegawai Eksekutif PIA,Arshad Mahmood Malik memberitahu media semalam yang pihak berkuasa sudah menyerahkan kotak hitam pesawat kepada pegawai penyiasat.

Sekurang-kurangnya 19 mayat sudah dikenalpasti manakala 47 lagi menunggu waris mengemukan sampel ujian DNA (asid deoksiribonukleik) .

Berita berkaitan

  • Nahas pesawat PIA: Dua terselamat, 97 maut

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2020 @ 4:29 PM