KEM pelarian di Cox’s Bazar yang menempatkan etnik Rohingya.
KEM pelarian di Cox’s Bazar yang menempatkan etnik Rohingya.
AFP

Cox's Bazar, Bangladesh: Pasukan kecemasan bergegas ke kem pelarian etnik Rohingya di sini bagi mencegah mimpi ngeri di penempatan pelarian terbesar di dunia selepas kes pertama disahkan di kem berkenaan yang menampung hampir sejuta etnik Rohingya.

Terdapat 34 kem pelarian di daerah yang terletak di tenggara Bangladesh itu.

Sebilangan besar pelarian Muslim berada di sana selepas hampir 750,000 orang melarikan diri dari serangan ketenteraan pada 2017 di negara jiran Myanmar apabila pemerintahnya menghadapi tuduhan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Penyelaras kesihatan tempatan Abu Toha Bhuiyan pada awalnya mengatakan, dua pelarian didapati positif Covid-19.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemudian mengatakan satu kes adalah lelaki Rohingya, dan seorang lagi lelaki tempatan yang tinggal berhampiran kem dan dirawat di klinik di kawasan itu.

Jurucakap WHO, Catalin Bercaru mengatakan kepada AFP bahawa pasukan penyiasat pantas dikerahkan dan kontak rapat lelaki itu dikesan untuk diuji dan dikuaratin.

Pegawai pemerintah tempatan, Mahfuzar Rahman mengatakan seluruh blok di satu kem yang menampung sekitar 5,000 pelarian ditutup.

"Kami kunci blok itu, melarang sesiapa memasuki atau meninggalkan kediaman mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 6:00 AM