BOLA api kelihatan di selatan Gaza, pagi ini yang dilepaskan tentera Israel. FOTO AFP.
BOLA api kelihatan di selatan Gaza, pagi ini yang dilepaskan tentera Israel. FOTO AFP.
AFP

PALESTIN dan Israel saling berbalas serangan menjadikan ia tindakan terbaharu selepas Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan pelan damai kontroversi.

Palestin memulakan serangan pada Sabtu dengan Jurucakap Majlis Serantaunya, Shaar Hanegev berkata, peluru disasarkan ke kawasan terbuka di Selatan Israel yang tidak mencederakan sesiapa.

Serangan peluru dan mortar meningkat selepas Presiden AS Donald Trump memperkenalkan visinya pada 28 Januari lalu bagi menyelesaikan konflik antara Israel-Palestin yang ditentang oleh pemimpin utama Tebing Barat dan Gaza.

Pelan itu memperlihatkan penguasaan penuh Jerusalem bersama beberapa kawasan lain di Tebing Barat dan Gaza, namun sebagai ganti rakyat Palestin diberikan beberapa bahagian lain di Tebing Barat dan Gaza.

Susulan serangan, tentera Israel, hari ini melakukan serangan udara ke atas kawasan Hamas yang tertumpu di selatan Gaza.

Jurucakap tentera Israel menyebut, serangan termasuk kawasan infrastruktur ketenteraan dan latihan Hamas.

Setakat ini tiada laporan mengenai jumlah kematian dan kerosakan di Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 3:05 PM