‘Jack The Ripper’ Thailand ditangkap sekali lagi. FOTO AGENSI
‘Jack The Ripper’ Thailand ditangkap sekali lagi. FOTO AGENSI
Agensi

BANGKOK: Seorang pembunuh yang digelar sebagai ‘Jack The Ripper’ Thailand ditangkap sekali lagi selepas dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup kerana berkelakuan baik beberapa bulan lalu.

Daily Mail melaporkan, Somkid Pumpuan dijatuhkan hukuman itu pada 2005 selepas disabitkan atas tuduhan membunuh lima wanita.

Semua mangsa yang dibunuhnya membabitkan pekerja seks dan kelab malam hingga dia diberi gelaran itu.

Bagaimanapun, dia yang dibebaskan secara bersyarat pada Mei lalu, diburu polis susulan kes pembunuhan seorang pekerja hotel berusia 51 tahun.

Polis turut menawarkan wang ganjaran sebanyak 50,000 baht (RM6,857) kepada orang ramai yang memberi maklumat sebelum lelaki terbabit berjaya ditahan di bandar Pakchong, wilayah Nakhon Ratchasima.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 11:57 PM