GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Reuters

BANGKOK: Enam gajah liar mati selepas terjatuh ke dalam kolam air terjun di Taman Negara Khao Yai, Thailand.

Menurut pegawai, dua lagi diselamatkan dalam insiden di kawasan Air Terjun Haew Narok di wilayah timur laut, Nakhon Ratchasima.

Ketua penyelia taman, Kanchit Srinoppawan berkata gajah yang mati termasuklah anak gajah berusia tiga tahun. Susulan insiden itu, taman ditutup buat sementara waktu.

“Ia disebabkan kemalangan. Kami selalu melihat perkara seperti ini berlaku,” kata Menteri Sumber dan Alam Sekitar, Varawut Silpa-archa kepada Reuters.

Kira-kira 300 gajah liar mendiami taman itu meliputi lebih 2,000 kilometer persegi hutan dan padang rumput. Ia turut menempatkan pelbagai haiwan liar termasuk beruang, gajah dan ungka selain menjadi destinasi popular pelancong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Oktober 2019 @ 10:38 PM