17 maut manakala 36 cedera dalam insiden nahas bas di utara Maghribi. FOTO/AFP
17 maut manakala 36 cedera dalam insiden nahas bas di utara Maghribi. FOTO/AFP
AFP

RABAT:Seramai 17 orang terbunuh dan 36 cedera selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di utara Maghribi, kata kementerian kesihatan.

Pihak berkuasa berkata, nahas berlaku semalam di bandar Taza yang terletak antara pergunungan Rif dan Atlas.

Katanya, pihaknya sedang melakukan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu.

Sementara itu, kementerian kesihatan memberitahu angka kematian meningkat kepada 17 orang manakala 36 lain dilaporkan mengalami kecederaan.

Stesen televisyen tempatan, 2M menyiarkan gambar kemalangan di Twitter yang menunjukkan bas terbabit terbalik serta remuk teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 11:30 PM