18 orang terbunuh selepas bas dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam 350 meter di Nepal.
18 orang terbunuh selepas bas dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam 350 meter di Nepal.
AFP

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh selepas bas dinaiki terbabas dari jalan raya dan terjunam ke dalam gaung sedalam 350 meter di Nepal semalam.

Kejadian berlaku ketika bas itu melalui kawasan berbukit di daerah Arghakhanchi di timur Kathmandu ke bandar Butwal.

Ketua polis daerah Bijayraj Poudel berkata, setakat ini 17 mayat yang termasuk pemandu bas dan dua bayi ditemui di lokasi kejadian.

Seramai 12 penumpang dibawa ke hospital, namun jumlah sebenar penumpang dalam bas itu tidak diketahui.

Punca kemalangan itu masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 November 2019 @ 12:14 AM