Kathmandu: Seramai 47 maut dalam kemalangan bas yang membawa penumpang melebihi had muatan dalam kejadian nahas jalan raya paling teruk pernah berlaku di Nepal, semalam.

Pasukan kecemasan menemui 44 mayat di dalam bas yang terbabas dan jatuh ke sungai di wilayah pergunungan Jajarkot, Khamis lalu.

Mayat tiga mangsa ditemui lebih awal dan polis berusaha mencari mayat di dalam sungai itu.

Ketua polis Jajarkot Dinesh Raj Mainali berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila bas itu membelok tiba-tiba bagi mengelak traktor dari arah bertentangan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:03 AM