KEBAKARAN hutan di timur Australia. FOTO EPA.
KEBAKARAN hutan di timur Australia. FOTO EPA.
AFP

SYDNEY: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan sebanyak 100 rumah musnah dalam kebakaran hutan di timur Australia hari ini.

Perkhidmatan kecemasan dalam satu kenyataan berkata, anggotanya menemui satu mayat dalam sebuah kereta dan seorang wanita meninggal dunia selepas beberapa jam ditemui.

Seramai tujuh orang dilaporkan masih hilang ketika bomba berusaha memadamkan puluhan kebakaran di negeri itu sejak semalam.

Kebakaran itu turut menyebabkan lebih 30 orang cedera dan sebahagian besar daripadanya adalah anggota bomba.

Hampir 100 kebakaran tercetus di luar bandar New South Wales dan Queensland dengan lima daripadanya di tahap sangat berbahaya.

Sementara itu, Perdana Menteri Scott Morrison meminta penduduk mengikut arahan perkhidmatan kecemasan dan menjaga keselamatan mereka.

Seramai 1,200 anggota bomba dan 70 pesawat khas terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 November 2019 @ 11:02 AM