KEADAAN rumah dihuni dua keluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Buloh, Senggarang, Batu Pahat. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN rumah dihuni dua keluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Buloh, Senggarang, Batu Pahat. FOTO ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani


SERAMAI 13 orang membabitkan dua keluarga hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Buloh Senggarang, Batu Pahat, hari ini.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Ayub Majid berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian sejurusmenerima panggilan pada 5.02 pagi.

Katanya, enam anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat turut membantu memadamkan kebakaran terbabit.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal.

“Kesan kebakaran memusnahkan 90 peratus daripada rumah terbabit dan sebuah motosikal terbakar 20 peratus,” katanya di Batu Pahat, hari ini.

“Ketika kejadian terdapat 13 orang daripada dua keluarga yang tinggal di dalam rumah terbabit.

“Kesemua berjaya menyelamatkan diri dan tiada mangsa mengalami kemalangan jiwa dan punca dan anggaran masih dalam siasatan,” katanya. Operasi tamat pada 7.17 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Disember 2019 @ 7:45 PM