HOTEL Tokyo Star yang terbakar. -Foto Reuters
HOTEL Tokyo Star yang terbakar. -Foto Reuters
AFP

KIEV: Seramai lapan orang terbunuh manakala 10 lain cedera dalam kebakaran di sebuah hotel di bandar pelabuhan Ukraine di Odessa awal pagi tadi, kata perkhidmatan kecemasan.

Kebakaran berlaku sekitar 1.34 pagi waktu tempatan di hotel Tokyo Star di selatan bandar itu.

Seramai 65 anggota bomba dibantu 13 jentera berjaya memadamkan kebakaran tiga jam kemudiannya.

Dalam satu kenyataan, perkhidmatan kecemasan berkata lapan disahkan maut dan 10 lain cedera.

Pihak berkuasa Odessa berkata, kira-kira 150 orang dipindahkan dari kawasan itu.

Polis membuka siasatan jenayah terhadap kemungkinan berlaku pelanggaran syarat keselamatan kebakaran dan punca insiden sedang disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 4:16 PM