JESSICA bakal beraksi di Terbuka San Diego. FOTO AGENSI
JESSICA bakal beraksi di Terbuka San Diego. FOTO AGENSI
Agensi

London: Bintang tenis Amerika, Jessica Pegula menerusi akaun Instagram berkongsi dirinya kembali ke gelanggang latihan selain turut menafikan khabar angin bahawa dia hamil.

Jessica yang menduduki ranking kelima dunia, beraksi dalam tiga kejohanan bulan lalu sebelum menarik diri daripada kejohanan WTA 1000 bulan ini di Doha dan Dubai.

Difahamkan pengundurannya daripada beraksi di Doha dan Dubai adalah kerana kecederaan di leher.

Tetapi sesetengah peminat tenis tidak mempercayainya, sebaliknya menimbulkan spekulasi Jessica mungkin hamil di sebalik keputusannya itu.

"Tidak hamil. Lol," tulis Jessica di Instagram Story bersama gambar gelanggang di sesi latihan.

Selepas menarik diri dari saingan di Doha dan Dubai, Jessica dilaporkan mendaftarkan diri untuk beraksi di Terbuka San Diego iaitu kejohanan WTA 500 yang bermula pada 26 Februari ini.

Jessica yang berusia 30 tahun Sabtu lalu, dijangka akan tampil beraksi kali kedua di San Diego.

Pada penampilan pertama di San Diego dua tahun lalu, Jessica mara sehingga ke separuh akhir sebelum tewas kepada Iga Swiatek.

Pada edisi kali ini, Jessica akan diletakkan selaku pilihan utama dan juga satu-satunya pemain ranking 10 terbaik dunia yang menyertai kejohanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Februari 2024 @ 11:29 AM