RATUSAN penunjuk perasaan berkumpul di Sadr City membantah gejala rasuah dalam kalangan pemimpin serta kenaikan kos sara hidup. FOTO AFP
RATUSAN penunjuk perasaan berkumpul di Sadr City membantah gejala rasuah dalam kalangan pemimpin serta kenaikan kos sara hidup. FOTO AFP
Agensi

BAGHDAD: Tentera Iraq mengaku menggunakan ‘kekerasan melampau’ terhadap penunjuk perasaan, terutama melepaskan tembakan peluru hidup menyebabkan lebih 110 terbunuh sehingga kini, termasuk 15 korban terbaru semalam.

“Kekerasan melampau di luar peraturan digunakan dan kami sudah meletakkan tanggungjawab tindakan salah itu kepada pegawai pemerintah yang berkenaan,” kata kenyataan tentera Iraq.

PENDUDUK membawa keranda seorang penunjuk perasaan yang terbunuh  untuk dikebumikan. FOTO AFP
PENDUDUK membawa keranda seorang penunjuk perasaan yang terbunuh untuk dikebumikan. FOTO AFP

AFP melaporkan, ia adalah kali pertama sejak bantahan bermula minggu lalu, tentera Iraq mengakui tindakan tidak wajar dengan penunjuk perasaan mendakwa mereka ditembak dengan peluru hidup, termasuk oleh penembak hendap.

JALAN raya dipenuhi tayar yang dibakar. FOTO AFP
JALAN raya dipenuhi tayar yang dibakar. FOTO AFP

Semalam, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Sadr City dan dalam rakaman video yang disebarkan di media sosial, penunjuk perasaan kelihatan berlari di jalan raya dipenuhi tayar terbakar sambil menundukkan badan berserta bunyi tembakan.

MANGSA yang cedera dibawa ke hospital  untuk rawatan. FOTO AFP
MANGSA yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan. FOTO AFP

Dalam kenyataan itu, tentera memberitahu Perdana Menteri Adel Abdel Mahdi mengarahkan semua unit tentera berundur dari Sadr City dan diganti dengan polis.

Rakyat memulakan tunjuk perasaan di Baghdad minggu lalu, membantah gejala rasuah dalam kalangan pemimpin serta kenaikan kos sara hidup serta kerajaan gagal menangani kemiskinan. Bantahan kemudian merebak ke bandar utama seluruh Iraq.

SEORANG penunjuk perasaan yang  cedera dibantu rakan. FOTO AFP
SEORANG penunjuk perasaan yang cedera dibantu rakan. FOTO AFP

Reuters melaporkan, pihak berkuasa melepaskan tembakan peluru hidup sejak hari pertama bantahan dan selain mereka yang terbunuh, 6,000 lagi cedera.

Kerajaan bersetuju menambah subsidi perumahan untuk golongan berpendapatan rendah, elaun kepada penganggur serta latihan dan pinjaman mudah kepada belia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 7:15 AM