Reuters

PARIS: Tunjuk perasaan bagi membantah pembaharuan wang persaraan di Perancis semalam menyebabkan sekolah ditutup dan sistem pengangkutan tergendala.

Bagaimanapun, jumlah penunjuk perasaan yang turun di jalan raya dilihat semakin berkurangan.

Pekerja awam melancarkan tunjuk perasaan dan mogok selama enam hari dengan sistem pengangkutan kereta api paling teruk terjejas.

Kesatuan pekerja melancarkan tunjuk perasan besar-besaran semalam ada hari yang sama Presiden Emmanuel Macron mengumumkan pembaharuan sistem wang persaraan.

PEKERJA awam melancarkan tunjuk perasaan dan mogok selama enam hari. FOTO AFP
PEKERJA awam melancarkan tunjuk perasaan dan mogok selama enam hari. FOTO AFP

Penganjur mahu tunjuk perasaan itu dihadiri lebih 800,000 orang sama seperti hari pertama bantahan yang bermula pada minggu lalu namun sasaran itu gagal dicapai.

Kementerian Luar menganggarkan kira-kira 339,000 orang menyertai bantahan itu termasuk 31,000 di Paris.

Pada 5 Disember lalu, kira-kira 806,000 menyertai bantahan itu termasuk 65,000 di Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 @ 3:47 PM