GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

JAKARTA: Pemburu haram yang mengancam spesies orang utan, harimau dan hidupan liar lain boleh dikenakan sehingga 100 sebatan mengikut

undang-undang baru Wilayah Aceh.

Peraturan baru yang kali pertama dilaksanakan minggu lalu, lazimnya dikenakan kepada penjenayah moral mengikut undang-undang syariah.

Manakala hukuman rotan yang diperuntukkan itu dijangka akan dilaksanakan awal tahun depan selain hukuman penjara tambahan yang ditetapkan mengikut undang-undang negara, kata pihak berkuasa.

Kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab melindungi haiwan itu juga boleh dikenakan sebatan sehingga 60 kali sekiranya didapati cuai dalam menjalankan tugas.

Seorang ahli parlimen di Aceh, Nurzahri berkata, undang-undang tegas itu boleh memperkasakan usaha untuk membendung pemburu haram dan ancaman lain kepada hidupan liar termasuk burung endemik di Sumatera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 6:28 PM