PEMBAKARAN bahan api fosil memanaskan permukaan bumi lebih cepat daripada apa yang dijangka. FOTO hiasan
PEMBAKARAN bahan api fosil memanaskan permukaan bumi lebih cepat daripada apa yang dijangka. FOTO hiasan
AFP

PARIS: Gas rumah hijau yang dilepaskan ke atmosfera kebanyakannya akibat pembakaran bahan api fosil memanaskan permukaan bumi lebih cepat daripada apa yang dijangka sebelum ini, menurut model iklim yang baru.

Saintis semalam berkata, model iklim baru itu bakal menggantikan model yang kini digunakan oleh unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Daripada dua model yang dikeluarkan oleh dua pusat penyelidikan di Perancis menunjukkan, menjelang 2100, purata suhu boleh meningkat 7 darjah Celsius di atas tahap pra-industri sekiranya pelepasan karbon tidak berubah.

Ini 2 darjah lebih tinggi daripada senario yang diramalkan Laporan Penilai ke-5 di Panel Antara Kerajaan untuk Perubahan Iklim 2014.

Kiraan terbaru itu juga menunjukkan sasaran Perjanjian Paris untuk mengehadkan pemanasan global akan menjadi sangat mencabar.

Dengan hanya peningkatan kepanasan kepada satu darjah Celsius setakat ini, dunia kini menyaksikan peningkatan gelombang haba, kemarau, banjir dan taufan tropika yang lebih memusnah dengan peningkatan aras laut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 11:47 PM