DUA anggota pertubuhan itu dari Romania dan Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam letupan berkenaan. FOTO REUTERS
DUA anggota pertubuhan itu dari Romania dan Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam letupan berkenaan. FOTO REUTERS
AFP

Kabul: Dua anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) antara 10 yang terbunuh dalam serangan bom oleh kumpulan Taliban di Kabul semalam.

Serangan bom kereta itu menggegarkan Shash Darak, kawasan yang dikawal ketat di Zon Hijau yang menempatkan beberapa bangunan penting termasuk pejabat perkhidmatan perisikan Afghanistan.

Kamera keselamatan merakamkan sebuah van mini berwarna kelabu meletup selepas memotong sebuah SUV berwarna putih yang berhenti di persimpangan jalan pada jam 10.10 pagi (waktu tempatan).

NATO memberitahu, dua anggota pertubuhan itu dari Romania dan Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam letupan berkenaan.

Kematian itu menjadikan jumlah korban tentera AS di Afghanistan pada tahun ini meningkat kepada 16 orang.

Kementerian dalam negeri Afghanistan melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 42 lagi cedera dalam serangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 September 2019 @ 12:16 PM