KFC memperkenalkan ayam berasaskan tumbuhan ‘Beyond Fried Chicken’ untuk sehari di cawangannya di Smyrna, Georgia, hari ini. FOTO Agensi
KFC memperkenalkan ayam berasaskan tumbuhan ‘Beyond Fried Chicken’ untuk sehari di cawangannya di Smyrna, Georgia, hari ini. FOTO Agensi
AFP

WASHINGTON: Restoran makanan segera KFC memperkenalkan ayam berasaskan tumbuhan ‘Beyond Fried Chicken’ untuk sehari di cawangannya di Smyrna, Georgia, hari ini.

Sampel produk baru itu dibangunkan dengan kerjasama Beyond Meat dan pelanggan boleh membeli nuget serta kepak ayam tanpa tulang yang diperbuat daripada bahan bukan daging.

Tindakan KFC memperkenalkan daging berasaskan tumbuhan selepas Burger King melancarkan hamburger bukan daging Impossible Whopper, awal tahun ini.

Beyond Meat dalam kenyataannya berkata maklum balas dari pelanggan di Georgia akan membantu KFC mempertimbangkan hidangan ayam tiruan bebas daging ke seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 11:49 AM