SHISHKINA yang juga seorang ibu tunggal membuat pengakuan membunuh anaknya.
SHISHKINA yang juga seorang ibu tunggal membuat pengakuan membunuh anaknya.
Agensi

MOSCOW: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati ditikam sebanyak lapan kali oleh ibunya hanya kerana mangsa merayu ingin pulang ketika dia berparti, dalam kejadian di Kirov, timur laut Russia.

Daily Mail melaporkan, Anna Shishkina, 29, yang juga seorang ibu tunggal membuat pengakuan membunuh anaknya itu dalam video yang dirakam

Jawatankuasa Siasatan Russia.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia membawa anak lelakinya itu ke rumah rakan untuk berhibur bersama beberapa lelaki namun anaknya merayu ingin pulang ke rumah.

Katanya, tindakan anaknya yang ingin membuka pintu menyebabkan dia berang dan terus menikam mangsa berkali-kali hingga mati.

Kejadian itu turut menyebabkan salah seorang saksi tergamam apabila wanita terbabit sanggup bertindak keterlaluan hingga membunuh anak sendiri.

Wanita terbabit kemudiannya dengan tenang membuat pengakuan kepada polis sebelum ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Ogos 2019 @ 11:18 AM