AS lindungi Israel daripada boikot. FOTO/AGENSI
AS lindungi Israel daripada boikot. FOTO/AGENSI
AFP

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan satu langkah kontroversi yang melindungi Israel daripada sebarang boikot.

Tetapi, penerimaannya masih belum dapat dipastikan kerana dewan perwakilan dikuasi parti Demokratik, terutama dalam kalangan ahli parlimen liberal yang sensitif dengan pendekatan yang melanggar hak kebebasan bersuara.

Rang undang-undang keselamatan Asia Barat itu menyasarkan untuk memerangi gerakan boikot, pelucutan pelaburan dan sekatan (BDS) yang mengecam pendudukan Israel di wilayah Palestin dan menekan syarikat yang menjalankan perniagaan dengan negara Yahudi itu.

Penaja utama langkah itu, Senator Republikan Marco Rubio, berkata beliau memperjuangkan apa yang dianggapnya sebagai satu ‘kempen perang diskriminasi ekonomi terhadap Israel’.

Rang itu dipersetujui 77 penyokong berbanding 23. Ia akan dibawa ke Dewan Perwakilan, di mana beberapa ahli majoriti Demokratik baru, menyatakan bangkangan ke atas sebarang isu yang menekankan kebebasan bersuara yang dilindungi perlembagaan.

Mereka termasuklah dua wanita Islam pertama yang berkhidmat di Dewan perwakilan iaitu warga Palestin-Amerika Rashida Tlaib dan bekas pelarian Somalia, Ilhan Omar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Februari 2019 @ 1:26 PM