GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

NEW DELHI: Kerana judi seorang suami sanggup mempertaruhkan isterinya dan membiarkan wanita itu dirogol beramai-ramai oleh rakannya selepas dia kalah dalam permainan poker.

NDTV melaporkan, lelaki itu pada mulanya minum arak dan bermain judi bersama dua rakannya di rumahnya di Zafarabad di Uttar Pradesh, India.

Lelaki itu dilaporkan menghabiskan semua wangnya untuk berjudi dan kerana terdesak dia mempertaruhkan isterinya sendiri.

Bagaimanapun, lelaki itu kalah dan dia membiarkan isterinya di rogol dua lelaki berkenaan.

Mangsa yang kecewa terus melarikan diri ke rumah bapa saudara sebelum suami mengekorinya untuk mengaku kesilapannya dan meminta maaf.

Selepas dipujuk wanita terbabit bersetuju untuk mengikut suaminya pulang ke rumah.

Namun, dalam perjalanan pulang, lelaki itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum membiarkan beberapa rakannya merogol isterinya buat kali kedua.

India Today melaporkan, mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu di balai polis tempatan namun mereka enggan memfailkan aduannya sebelum dia ke mahkamah untuk mendapatkan bantuan.

Pihak mahkamah kemudiannya mengarahkan polis mendaftarkannya sebagai kes rogol secara beramai-ramai dan menganggap ia adalah perkara serius.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 10:19 AM