Pasukan penyelamat membongkar runtuhan banguna  di Mumbai bagi mencari mangsa yang terselamat. - Foto AFP
Pasukan penyelamat membongkar runtuhan banguna di Mumbai bagi mencari mangsa yang terselamat. - Foto AFP
AFP

SEKURANG-KURANGNYA lapan terbunuh selepas bangunan empat tingkat berusia 40 tahun, runtuh di Mumbai, India, hari ini, dan pasukan menyelamat menganggar kira-kira 15 orang lagi masih terperangkap di bawah runtuhan.

Reuters melaporkan 16 orang berjaya dikelurkan dari bawah runtuhan bangunan di Ghatkopar itu.

AFP melaporkan jurucakap agensi bencana Mumbai, Tanaji Kamble, berkata jumlah korban setakat ini disahkan enam orang dan operasi menyelamat masih diteruskan bagi mencari kira-kira 15 orang yang terperangkap.

Dalam satu lagi kejadian di Kolkata, sebahagian sebuah bangunan runtuh selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu, namun belum ada laporan mengenai nasib mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 8:27 PM