KAPAL frigat HMCS Regina. -Foto Agensi
KAPAL frigat HMCS Regina. -Foto Agensi
AFP

OTTAWA: Dua kapal tentera laut Kanada ‘didekati’ jet pejuang China sewaktu berlayar di Laut China Timur baru-baru ini, kata tentera Kanada kelmarin.

Sebuah helikopter tentera laut Kanada juga menjadi sasaran laser yang dikesan dari bot nelayan berdekatan, katanya dalam satu kenyataan.

Tiada kecederaan atau kerosakan, tetapi pendedahan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan antara kedua-dua negara berhubung penangkapan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Meng Wanzhou di Kanada pada Disember lalu dan dibalas dengan penahanan dua orang warga Kanada iaitu bekas diplomat Michael Kovrig dan pengusaha Michael Spavor.

Kementerian Pertahanan Kanada berkata kapal frigat HMCS Regina dan kapal bantuan Asterix yang berada dalam perairan antarabangsa di Laut China Timur, dihampiri dua jet pejuang China Sukhoi Su-30 pada jarak kira-kira 300 meter dan dengan ketinggian kira-kira 30.48 meter, pada Isnin lalu.

Ottawa menjelaskan interaksi berkenaan ‘profesional dan mesra’, sambil menambah laluan periairan itu tidak merbahaya memandangkan operasi tentera laut berdekatan China.

Kedua-dua kapal berkenaan pulang dari lawatan ke Cam Ranh Bay di Vietnam dan menuju ke Timur Laut Asia untuk menyertai usaha multinasional bagi mencegah penyeludupan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 1:37 PM