AYATOLLAH Khomeini sudah puluhan tahun meninggal dunia.
AYATOLLAH Khomeini sudah puluhan tahun meninggal dunia.
AFP

TEHERAN: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diejek rakyat Iran apabila tersilap menyebut nama bekas pemimpin tertinggi Iran yang sudah puluhan tahun meninggal dunia ketika mengumumkan sekatan terbaru terhadap negara itu, hari ini.

“Aset Ayatollah Khomeini dan pejabatnya juga tidak terkecuali daripada sekatan,” kata Trump ketika mengumumkan sekatan terhadap pemimpin kanan Iran.

Ayatollah (Ruhollah) Khomeini iaitu pengasas Republik Islam Iran dan pemimpin revolusi menumbangkan rejim Shah Iran meninggal dunia pada 1989, 30 tahun lalu.

Iran kini dipimpin Ayatollah Ali Khamenei.

“Trump tidak tahu bahawa Ayatollah Khomeini sudah meninggal dunia dan Ayatollah Khamenei kini pemimpin Iran,” tulis wartawan untuk akhbar Etemad, Sara Masoumi, melalui Twitter.

“Adakah beliau (Trump) menunggu orang mati menelefonnya?” tulis seorang lagi pengguna Twitter. Bulan lalu, Trump berkata beliau menunggu Iran menghubunginya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 9:09 PM