KEADAAN kereta SUV mangsa yang tergantung di dalam sebuah pusat beli-belah.
KEADAAN kereta SUV mangsa yang tergantung di dalam sebuah pusat beli-belah.
Agensi

BERLIN: Seorang warga emas amat bernasib baik selepas merempuh keretanya ke dalam sebuah pusat beli-belah di Hamburg dengan kenderaan itu terhenti di kawasan legar di tingkat atas dengan tayar depannya terjuntai.

Lelaki berusia 85 tahun itu memandu SUV miliknya menaiki lima anak tangga sebelum melanggar pintu kaca dan merempuh bahagian beg tangan di pusat beli-belah terbesar Hamburg, Alstertal-Einkaufszentrumf sebelum akhirnya berhenti dengan terjuntai bersebelahan eskalator, lapor The Local.

Jurucakap bomba memberitahu AFP, dua orang dibawa ke hospital namun kecederaan dialami tidak serius.

“Mujur keretanya terhenti di situ. Hanya 50 sentimeter lagi, pasti ia terjatuh dan jika itu berlaku sudah tentu lebih ramai yang cedera,” kata seorang anggota bomba kepada akhbar Bild.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2019 @ 12:28 AM