MUMIA ketua paderi dewa Thoth berusia ribuan tahun ditemui di Mesir. FOTO Agensi
MUMIA ketua paderi dewa Thoth berusia ribuan tahun ditemui di Mesir. FOTO Agensi
Agensi

WASHINGTON: Keranda mengandungi mumia ketua paderi Mesir Purba berusia 4,000 tahun disiarkan secara langsung di saluran Discovery, semalam.

Dokumentari istimewa berjudul ‘Ekspedisi Tidak Diketahui: Mesir’ itu bersiaran selama dua jam dari Minya yang terletak berhampiran selatan Sungai Nile.

AFP memetik pengkaji Josh Gates berkata, mumia itu adalah paderi tinggi dewa Thoth ketika pemerintahan dinasti ke-26 Mesir purba.

“Di penghujung Mesir purba, paderi menjadi berkuasa dan diberikan pengebumian seperti kerabat raja,” katanya.

Keranda dihiasi ukiran itu turut mengandungi harta karun termasuk emas.

Ia ditemui ketika sekumpulan ahli arkeologi meneroka sebuah makam yang mengandungi 40 mumia dipercayai dari golongan elit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 6:53 PM