MUMIA kucing yang dijumpai kumpulan arkeologi di makam kuno Saqarra di selatan Kaherah. FOTO AFP
MUMIA kucing yang dijumpai kumpulan arkeologi di makam kuno Saqarra di selatan Kaherah. FOTO AFP
Reuters

KAHERAH (MESIR): Pihak Berkuasa Antikuiti Mesir mempamerkan sejumlah besar mumia haiwan termasuk pelbagai artifak purba yang baru ditemui di makam kuno Saqarra di selatan Kaherah.

Antara mumia haiwan yang ditemui adalah kucing, buaya, ular tedung dan burung.

Ketua Setiausaha Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziwi yang mengetuai misi arkeologi itu berkata, mereka turut menemui sebuah makam milik pendeta agung dinasti firaun ke-5, ‘Wahtye’.

Menurutnya, imbasan CT yang dilakukan terhadap lima mumia kucing menunjukkan kemungkinan besar ia adalah anak singa berdasarkan saiz dan bentuk tulangnya.

Manakala Menteri Antikuiti, Khaled al-Anany pula berkata, seorang ahli kaji purba Mesir, Alain Zivie sebelum ini menemui rangka seekor singa di kawasan berkenaan, selain 75 patung kayu dan gangsa berbentuk kucing.

Saqqara adalah lokasi kota purba Memphis, ibu kota kerajaan Mesir kuno selama lebih dua kurun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 November 2019 @ 6:54 PM