LAPORAN awal siasatan nahas pesawat Boeing 737 MAX 8 Ethiopia Airlines dijangka akan dikeluarkan minggu ini. FOTO/AFP
LAPORAN awal siasatan nahas pesawat Boeing 737 MAX 8 Ethiopia Airlines dijangka akan dikeluarkan minggu ini. FOTO/AFP
AFP

ADDIS ABABA: Laporan awal siasatan nahas pesawat Boeing 737 MAX 8 Ethiopia Airlines dijangka akan dikeluarkan minggu ini, kata Kementerian Luar Ethiopia.

AFP yang memetik jurucakapnya, Nebiat Getachew berkata, laporan awal siasatan itu akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan selepas pesawat terbabit terhempas ketika berlepas dari ibu kota dalam kejadian pada 10 Mac lalu.

Bagaimanapun, kerajaan tidak menyatakan tarikh sebenar laporan akan dikeluarkan dan tidak mendedahkan serba sedikit mengenai kandungan laporan itu.

Pesawat itu adalah model sama yang digunakan syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air yang terhempas pada Oktober lalu dan mengorbankan 189 orang penumpang.

Nahas kedua yang membabitkan Boeing 737 MAX itu menyebabkan operasi pesawat terbabit digantung seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 10:57 PM