PENTADBIRAN  Penerbangan Awam China menggantung operasi semua pesawat Boeing 737-8. FOTO/AGENSI
PENTADBIRAN Penerbangan Awam China menggantung operasi semua pesawat Boeing 737-8. FOTO/AGENSI
Reuters

Beijing: Pentadbiran Penerbangan Awam China hari ini mengarahkan syarikat penerbangan awam negara itu menggantung operasi semua pesawat Boeing 737-8 bermula jam 6 petang ini (waktu tempatan).

Arahan itu dikeluarkan sehari selepas nahas pesawat 737 MAX 8 milik Ethiopia Airlines yang terhempas semalam di Addis Abab dan mengorbankan semua 157 penumpang.

Pesawat Ethiopia Airlines itu adalah pesawat yang sama yang terhempas di Laut Jawa tidak lama selepas berlepas dari Jakarta, Indonesia pada 29 Oktober tahun lalu menyebabkan semua 189 penumpang Lion Air terbunuh.

“Memandangkan ada dua insiden membabitkan pesawat Boeing 737-8 yang baru diterima dan berlaku ketika fasa berlepas, ia mungkin mempunyai beberapa persamaan,” kata Pentadbiran Penerbangan Awam China dalam satu kenyataan.

Katanya, langkah itu adalah sejajar dengan prinsip toleransi sifar terhadap ancaman keselamatan yang menjadi amalan badan pengawal selia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 10:59 AM