ANGGOTA bomba cuba mengawal kebakaran hutan di pedalaman kawasan pergunungan barat daya China.
ANGGOTA bomba cuba mengawal kebakaran hutan di pedalaman kawasan pergunungan barat daya China.
AFP

BEIJING: Sekurang-kurangnya 26 anggota bomba disahkan maut ketika memadamkan kebakaran hutan di pedalaman kawasan pergunungan barat daya China, Sabtu lalu.

Ratusan anggota bomba terbabit dalam operasi itu selepas kebakaran tercetus di kawasan curam pada ketinggian 3,800 meter, petang hari kejadian.

AFP melaporkan, pihak berkuasa Liangshan terputus komunikasi dengan 30 anggota bomba, semalam selepas angin tiba-tiba berubah arah dan memarakkan lagi api.

Pasukan menyelamat menemui 26 mayat dan usaha menjejaki anggota bomba yang hilang masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 5:53 PM