BUFFETT mempunyai 5.5 peratus saham dalam Apple.
BUFFETT mempunyai 5.5 peratus saham dalam Apple.
Agensi 

WASHINGTON: Meskipun mempunyai 5.5 peratus saham dalam Apple, jutawan Warren Buffett tidak menggunakan iPhone sebaliknya memilih telefon bimbit lama jenama Samsung yang berharga AS$20 (RM81.62). 

Pun begitu, ketua pegawai eksekutif Berkshire Hathaway itu menggunakan iPad untuk memantau saham dan membuat penyelidikan.

Khamis lalu, Buffett menunjukkan telefon bimbit jenama Samsung itu pada program Hands Up for Success. 

“Ini telefon saya. Alexander Graham Bell pinjamkan telefon ini dan saya terlupa memulangkannya,” guraunya. 

Menurut CNBC, jutawan itu sudah lama menggunakan telefon berkenaan dan juga mempunyai iPhone X yang belum digunakan lagi. 

TELEFON bimbit jenama Samsung milik Buffett.
TELEFON bimbit jenama Samsung milik Buffett.

“Seorang rakan menghadiahkan sebuah iphone X baru-baru ini, namun saya belum menggunakannya. 

“Dia bersertakan surat menjelaskan cara menggunakan telefon itu dan bagaimana ia tidak akan mengigit saya. 

Rasanya dia berpura-pura seolah menulis surat kepada kanak-kanak tiga tahun,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2019 @ 8:23 PM