PIHAK berkuasa  Guinea-Bissau berjaya merampas hampir 800 kilogram kokain. FOTO/AFP
PIHAK berkuasa Guinea-Bissau berjaya merampas hampir 800 kilogram kokain. FOTO/AFP
AFP

Bissau: Pihak berkuasa Guinea-Bissau berjaya merampas hampir 800 kilogram kokain yang cuba diseludup menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan, kata sumber polis semalam.

Rampasan dadah itu dipercayai yang terbesar dalam tempoh sedekad.

Sumber polis berkata, empat suspek, iaitu dua warga Nigeria dan masing-masing seorang rakyat Senegal dan Guinea-Bissau turut ditahan, susulan operasi yang bermula sejak Sabtu hingga Ahad lalu, di sini.

Semua dadah berkenaan ditemui di dalam trak pendingin hawa yang didaftarkan di Senegal.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada pegawai tentera dan pegawai kanan kerajaan terbabit dalam sindiket itu,” kata sumber.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 10:20 AM