GUERNEVILLE di California Utara umpama sebuah pulau akibat banjir terburuk dalam tempoh 20 tahun. FOTO AFP
GUERNEVILLE di California Utara umpama sebuah pulau akibat banjir terburuk dalam tempoh 20 tahun. FOTO AFP
Reuters

Los Angeles: Banjir terburuk dalam tempoh 20 tahun menjadikan komuniti Guerneville di California Utara umpama sebuah pulau selepas pihak berkuasa mengarahkan ribuan penduduk berpindah atau berisiko terperangkap selama beberapa hari.

Air naik sehingga ke bumbung rumah dan menenggelamkan kereta apabila paras Sungai Russia melimpahi tebing susulan hujan lebat, memaksa pihak berkuasa di Daerah Sonoma, kira-kira 110 kilometer ke utara San Francisco memindahkan 3,600 penduduk.

“Saya sudah menetap di sini selama 30 tahun. Saya tidak pernah lihat hujan sebegini lebat,” kata pengarah pemasaran hotel Farmhouse Inn, Brian Gipson.

Hotel berkenaan turut memindahkan tetamu selepas air menenggelamkan tempat letak kenderaan.

Bandar Santa Rosa menerima 11.8 sentimeter hujan, mengatasi rekod lama empat sentimeter, menurut data Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

“Kami belum mencapai kemuncak,” kata pakar kaji cuaca di NWS, Carolina Walburn, mengenai banjir itu.

Banjir itu dijangka menjadi paling buruk sejak 1995, apabila paras Sungai Russia naik kepada 14.6 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 11:21 AM