GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Bernama-Xinhua

Los Angeles: Gelombang haba pertama musim panas dijangka melanda California Selatan akhir minggu ini, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Amerika Syarikat (AS).

Dengan pembinaan sistem tekanan tinggi di California Selatan, suhu diramal akan bertambah panas pada Khamis hingga hujung minggu, yang memuncak kepada gelombang haba sepanjang cuti Empat Julai, lapor Xinhua.

"Gelombang haba pertama musim panas dijangka menjelang cuti hujung minggu tertumpu di kawasan pedalaman. Suhu tiga digit berkemungkinan merentasi kawasan pedalaman paling panas," ciap NWS.

Pegawai kesihatan menggesa penduduk untuk mengelak tekanan haba dengan mencari lokasi teduh atau mempunyai pendingin hawa, minum lebih banyak air serta mengelak daripada terdedah selaran matahari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2023 @ 4:43 PM