KANAK-KANAK bermain air pancut ketika cuaca panas di New York. FOTO Getty Images via AFP
KANAK-KANAK bermain air pancut ketika cuaca panas di New York. FOTO Getty Images via AFP
BERNAMA

Los Angeles: Amerika Syarikat (AS) terus mengalami cuaca ekstrem di seluruh negara termasuk kejadian ribut petir, kebakaran dan gelombang haba yang melampau.

Ribut petir dijangka berlaku di rantau High Plains pada Khamis disusuli tiupan angin kencang, hujan batu dan puting beliung, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) AS.

Cuaca panas terus meningkat merentasi barat laut Pasifik minggu ini dengan suhu menghampiri atau melebihi tiga digit di kawasan jauh dari pesisir pantai, lapor Xinhua.

Pada Khamis, amaran gelombang haba berlebihan dikuatkuasakan di beberapa tempat di seluruh negara.

Cuaca panas melampau dijangka berterusan merentasi Louisiana dan sebahagian Mississipi hingga akhir minggu depan, menurut NWS.

Amerika Syarikat menyaksikan peningkatan ketara dalam kemasukan ke hospital akibat penyakit berkaitan haba pada pertengahan dan akhir Jun, terutamanya di wilayah selatan.

Gelombang haba berterusan turut meningkatkan risiko kebakaran hutan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Julai 2023 @ 3:59 PM