PULUHAN ribu petani berarak ke parlimen India bagi membantah kenaikan kos operasi ladang dan menjunam harga hasil mereka, di New Delhi, India. FOTO Reuters
PULUHAN ribu petani berarak ke parlimen India bagi membantah kenaikan kos operasi ladang dan menjunam harga hasil mereka, di New Delhi, India. FOTO Reuters
AFP

NEW DELHI: Puluhan ribu petani dan pekerja pertanian berarak ke arah parlimen India, hari ini, untuk menuntut penghapusan hutang dan harga hasil tanaman lebih tinggi, sekali gus memberikan tekanan terhadap Perdana Menteri Narendra Modi, sebelum pilihan raya 2019.

Lebih 300,000 petani India membunuh diri, sejak dua dekad lalu kerana sistem pengairan lemah, tanaman gagal dan tidak mampu membayar hutang.

Petani dari seluruh negara itu menaiki kereta api dan bas ke Delhi, sejak Khamis lalu untuk berkumpul di Padang Ramlila di ibu negara terbabit, sebelum berarak ke parlimen.

Penganjur berkata, kira-kira 80,000 petani dan buruh ladang menyertai tunjuk perasaan dua hari itu. Pada kemuncak acara, mereka menyampaikan petisyen kepada presiden India, selepas dihentikan pada jarak 800 meter dari bangunan parlimen.

Polis meletakkan ratusan penghadang besi untuk menghalang kemaraan orang ramai dan meletakkan jentera meriam air dalam keadaan berjaga-jaga, jika protes menjadi tidak terkawal.

Perhimpunan itu adalah yang terbesar melanda ibu negara India, sejak tunjuk perasaan pada 2012 membabitkan insiden pelajar dirogol beramai-ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 9:58 PM