GOLDMAN meninggal dunia akibat komplikasi barah dan radang paru-paru.
GOLDMAN meninggal dunia akibat komplikasi barah dan radang paru-paru.
AFP

LOS ANGELES: William Goldman, penulis skrip lakon layar, drama Butch Cassidy and the Sundance Kid dan All the President’s Men, dilaporkan meninggal dunia pagi tadi, di New York City, akibat komplikasi barah dan radang paru-paru.

Berita kematian pemenang Anugerah Oscar berusia 87 tahun itu, diumumkan anak perempuan dan menantunya menerusi media Amerika Syarikat.

Goldman yang dilahirkan di Chicago, pernah berkhidmat sebagai tentera dan menceburi bidang penulisan selepas tamat pengajian universiti.

Beliau pernah menulis beberapa novel yang laris di pasaran, sebelum mula menulis skrip lakon layar.

Drama Butch Cassidy and the Sundance Kid, adalah lakon layar pertamanya mengenai kisah pasangan penjenayah, lakonan aktor Paul Newman dan Robert Redford, yang membantunya meraih Anugerah Oscar pertama pada 1970.

Pada 1977, Goldman sekali lagi memenangi Anugerah Oscar menerusi filem seram mengenai Watergate, bertajuk All the President’s Men.

Bagaimanapun, Goldman hanya menganggap beliau sebagai seorang penulis novel, walaupun terbabit dalam industri selama lebih lima dekad.

“Saya bukan penulis skrip lakon layar. Saya hanya penulis novel yang menulis skrip,” katanya kepada New York Times pada 1979.

Dua lagi novel tulisannya yang diadaptasikan ke filem, adalah Marathon Man dan The Princess Bride.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 November 2018 @ 12:41 PM