TRUMP ketika pertemuan dengan penyokong di Lebanon, Ohio, Amerika Syarikat pada 12 Oktober 2018. FOTO Reuters
TRUMP ketika pertemuan dengan penyokong di Lebanon, Ohio, Amerika Syarikat pada 12 Oktober 2018. FOTO Reuters
AFP

KELUARGA mendiang Prince meminta Presiden Donald Trump supaya berhenti daripada memutarkan lagu karya penyanyi itu pada semua perhimpunan anjurannya, susulan permintaan yang sama oleh beberapa artis lain.

“Pengendali harta pusaka Prince tidak pernah memberi kebenaran kepada Presiden (Donald) Trump atau Rumah Putih untuk menggunakan lagu Prince, justeru meminta mereka menghentikan perbuatan itu,” kata adik Prince, Omarr Baker.

Bagaimanapun, kakitangan Trump gagal dihubungi untuk mengulas perkara itu.

Pasukan kempen Trump dilaporkan memainkan lagu popular nyanyian Prince, ‘Purple Rain’ dalam senarai lagu yang diperdengarkan dalam perhimpunan anjuran mereka, termasuk yang terbaharu di Mississippi minggu lalu.

Selain Prince, beberapa artis lain yang membantah penggunaan lagu mereka pada perhimpunan anjuran Parti Republikan, adalah Rolling Stones, Adele, Neil Young, Aerosmith, R.E.M, Queen dan George Harrison.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 2:58 PM