ANTARA penunjuk perasaan yang turun secara aman di tengah bandar Yangon. -Foto AFP
ANTARA penunjuk perasaan yang turun secara aman di tengah bandar Yangon. -Foto AFP

YANGON: Sekurang-kurangnya 100 aktivis belia dan wartawan Myanmar menggesa pembebasan dua wartawan Reuters, hari ini dengan mengingatkan bahawa hukuman penjara tujuh tahun kepada mereka, bulan ini mengancam hak penduduk negara itu mendapat maklumat.

Penunjuk perasaan termasuk pelajar sekolah tinggi berkumpul secara aman di tengah bandar terbesar di Myanmar, Yangon sambil memegang sepanduk dan melaungkan slogan mengutuk sabitan terhadap dua wartawan itu.

Sekumpulan kecil anggota polis hanya memerhati, ketika penunjuk perasaan melepaskan banyak belon hitam tertulis ayat “Bebaskan Wa Lone dan Kyaw Soe Oo.”

Pemberita Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, disabitkan pada 3 September lalu di bawah Akta Rahsia Rasmi era penjajah dalam kes yang dilihat sebagai ujian kebebasan demokrasi di Myanmar. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 September 2018 @ 9:40 PM