GAMBAR yang diedarkan polis menunjukkan mahkota emas milik Raja Karl IX dan isterinya Ratu Christina yang dilarikan perompak, semalam. Foto AFP
GAMBAR yang diedarkan polis menunjukkan mahkota emas milik Raja Karl IX dan isterinya Ratu Christina yang dilarikan perompak, semalam. Foto AFP

DUA lelaki diburu selepas melarikan tiga harta diraja termasuk dua mahkota kurun ke-17 dari sebuah gereja di Stockholm, Sweden dalam rompakan berani pada waktu tengah hari Selasa lalu, dengan suspek melarikan diri menaiki motobot.

Pencuri yang belum dikenal pasti identiti mereka itu, serta mahkota dan bebola berharga berkenaan masih diburu termasuk oleh Interpol, kata jurucakap polis Sweden Stefan Dangardt.

GEREJA Strangnas yang menempatkan harga diraja. Foto AFP
GEREJA Strangnas yang menempatkan harga diraja. Foto AFP

Menurutnya, objek berkenaan khazanah kebangsaan dan kemungkinan besar sukar dijual.

Dua mahkota emas dari 1611 milik Raja Karl IX dan isterinya Ratu Christina pada mulanya dikebumikan bersama pasangan diraja itu, tetapi dikeluarkan dan dipamerkan di Gereja Strangnas.

Mahkota Raja Karl IX diperbuat daripada emas bertatahkan kristal serta mutiara, manakala yang kedua lebih kecil juga emas bertatahkan pelbagai permata serta mutiara.

“Beberapa orang dilihat meninggalkan gereja itu menaiki bot atau skuter air selepas rompakan berkenaan,” katanya.

Saksi, Tom Rowsell memberitahu akhbar Aftonbladet bahawa dia melihat dua lelaki berlari keluar dari gereja berkenaan menaiki motobot yang menunggu mereka di Tasik Malaren.

“Saya terus mengagak mereka perompak kerana cara mereka yang terburu-buru,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 10:28 PM