AFP

HAMPIR 40 bot musnah dalam kebakaran di pelabuhan di Bali, hari ini.

Kebakaran bermula tengah malam tadi di pulau peranginan berkenaan dan segera merebak memusnahkan hampir 40 kapal tempatan tetapi tiada kecederaan dilaporkan, kata polis.

“Setakat ini tiada kematian,” kata jurucakap polis Bali, Hengky Widjaja.

Imej dari pelabuhan Benoa, yang terletak bersebelahan pusat tumpuan pelancong, Kuta, menunjukkan api menjulang tinggi dan asap tebal.

Pasukan bomba masih cuba memadamkan api menjelang pagi ini.

Anggota kru, Supriyanto, berkata, beliau sedang tidur di atas kapalnya apabila tersedar melihat bahagian atas bot itu sudah dijilat api.

Ia marak dengan pantas ke kapal berhampiran termasuk kapal kargo kecil, katanya.

Beberapa saksi berkata, mereka mengesyaki kebakaran disebabkan masalah elektrikal tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 6:09 PM
PEKERJA dan anggota bomba Indonesia berusaha memadamkan kebakaran di pelabuhan Benoa di Denpasar, Bali. FOTO AFP
PEKERJA dan anggota bomba Indonesia berusaha memadamkan kebakaran di pelabuhan Benoa di Denpasar, Bali. FOTO AFP