AHLI keluarga menunjukkan gambar yang diambil pasukan keselamatan yang menemui pasukan bola sepak yang terkandas di dalam gua. FOTO/AFP
AHLI keluarga menunjukkan gambar yang diambil pasukan keselamatan yang menemui pasukan bola sepak yang terkandas di dalam gua. FOTO/AFP
Reuters

BANGKOK: Pasukan penyelamat Thailand menemui 12 pemain bola sepak dan seorang jurulatih di dalam gua, menunjukkan tanda masih hidup, sembilan hari selepas mereka hilang, kata Gabenor Chiang Rai semalam.

“Pasukan khas tentera laut Thailand menemui semua 13 orang dengan tanda masih hidup,” kata Narongsak Osottanakorn.

Usaha mencari antarabangsa dilancarkan sejak kumpulan itu hilang di dalam gua Tham Luang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 3:40 AM