AFP

USAHA berbahaya menyelamat remaja Thailand yang terperangkap dalam gua memasuki hari kedua hari ini, dengan sembilan daripada anggota pasukan bola sepak ‘Wild Boar’ itu masih berada di dalam selepas penyelam elit mengeluarkan empat daripada mereka.

Hujan lebat adalah antara musuh utama operasi itu, mengancam menyebabkan banjir di gua yang terletak di kawasan pergunungan di utara Thailand, walaupun pelbagai bahaya lain juga boleh menjejaskan usaha menyelamat.

Rakyat Thai memberi tumpuan kepada krisis itu, mengharapkan kepulangan selamat remaja berkenaan, berusia 11 hingga 16 tahun dan jurulatih mereka, 25, sejak terperangkap dalam gua Tham Luang pada 23 Jun lalu kerana kenaikan paras air.

Mereka berada di dalam gua itu selama sembilan hari, sebelum penyelam Britain mereka yang kelihatan kurus di atas tebing berlumpur.

CUACA mendung ke kawasan pergununan lokasi gua Tham Luang ketika operasi menyelamat diteruskan. FOTO AFP
CUACA mendung ke kawasan pergununan lokasi gua Tham Luang ketika operasi menyelamat diteruskan. FOTO AFP

Semalam, empat daripada pasukan itu berjaya dibawa keluar dari gua, selepas pihak berkuasa memutuskan mereka perlu meneruskan operasi menyelamat sebelum kedatangan musim hujan.

Mereka dibawa keluar oleh pakar selam yang merancang jalan selama beberapa jam menerusi lebih empat kilometer laluan sukar dan ditenggelami banjir.

Ketua operasi, Narongsak Osottanakorn, semalam berkata, empat daripada remaja itu, digelar media sosial Thai sebagai Wild Boars 1,2,3,4, selamat dan usaha diteruskan awal hari ini.

“Kami bekerja berterusan sepanjang malam,” kata sumber kerajaan, Chiang Rai, pagi ini, dan mengesahkan operasi dihentikan sekejap.

Berita berkaitan:

Misi menyelamat pasukan bola sepak bersambung

Perlu 10 jam persediaan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Julai 2018 @ 5:43 PM
PEGAWAI perubatan tentera Thailand memasuki kawasan khas ketika persediaan operasi menyelamat. FOTO EPA-EFE/CHIANG RAI PR OFFICE
PEGAWAI perubatan tentera Thailand memasuki kawasan khas ketika persediaan operasi menyelamat. FOTO EPA-EFE/CHIANG RAI PR OFFICE