TRUMP (kanan) bersama Pence ketika memberi kenyataan di mesyuarat  Majlis Angkasa Nasional. FOTO Reuters
TRUMP (kanan) bersama Pence ketika memberi kenyataan di mesyuarat Majlis Angkasa Nasional. FOTO Reuters
AFP

PRESIDEN Donald Trump semalam mengarahkan Pentagon supaya menubuhkan ‘tentera angkasa’ baharu Amerika Syarikat (AS) yang bakal menjadi cabang keenam tentera Amerika dan memastikan ‘dominasi AS’ di angkasa.

“Saya mengarahkan Jabatan Pertahanan dan Pentagon supaya memulakan proses untuk menubuhkan tentera angkasa sebagai cabang keenam angkatan tentera.

“Kita ada tentera udara dan kita juga akan mempunyai tentera angkasa berasingan tetapi sama tahap.

“Dalam mempertahankan Amerika, kewujudan AS di angkasa sahaja tidak mencukupi, kita mesti mendominasi angkasa,” kata Trump.

Setakat ini, perincian mengenai peranan tentera angkasa AS masih tidak jelas.

Kenyataan Trump itu dikeluarkan di White House, Washington DC, ketika permulaan mesyuarat ketiga Majlis Angkasa Nasional iaitu badan penasihat yang diketuai Naib Presiden Mike Pence.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 2:52 PM