LEBIH 70 wanita dakwa Weinstein melakukan salah laku seksual sejak berdekad lalu termasuk merogol. -Foto AFP
LEBIH 70 wanita dakwa Weinstein melakukan salah laku seksual sejak berdekad lalu termasuk merogol. -Foto AFP
Reuters

PENERBIT filem Harvey Weinstein dijangka akan menyerah diri kepada pihak berkuasa di sini hari ini, selepas didakwa melakukan serangan seksual ke atas berpuluh wanita, kata sumber yang ada kaitan dengan siasatan kes berkenaan.

Jurucakap Weinstein, Juda Engelmayer dan peguamnya Benjamin Brafman masing-masing enggan mengulas lanjut.

Sumber yang enggan dikenali mengakui, The New York Times, akhbar pertama yang melaporkan mengenai pendakwaan jenayah Weinstein dan beberapa syarikat akhbar lain turut melaporkan beliau akan menyerah diri.

Lebih 70 wanita mendakwa pengasas bersama Miramax Studio dan Weinstein Co itu melakukan salah laku seksual sejak berdekad lalu termasuk merogol.

Dakwaan itu pertama kali dilaporkan oleh The New York Times dan New Yorker tahun lalu.

Ia mencetus gelombang gerakan #MeToo hingga mendorong ratusan wanita secara terbuka mendedahkan salah laku seksual membabitkan lelaki berkuasa dalam dunia perniagaan, kerajaan dan hiburan.

Sehingga kini Weinstein menafikan melakukan sebarang hubungan seks tanpa rela.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mei 2018 @ 10:20 AM