MOHD Shahid (dua dari kanan) dan Sunaina ditahan polis. - Agensi
MOHD Shahid (dua dari kanan) dan Sunaina ditahan polis. - Agensi
Agensi

New Delhi: Seorang pelakon kecil-kecilan dan teman wanitanya ditangkap Isnin lalu kerana menculik anaknya daripada jagaan bekas isteri untuk ‘mengajarnya’ kerana tidak membenarkannya berjumpa kanak-kanak itu.

Malah lelaki terbabit, Mohd Shahid, 23, berpura-pura mencari mangsa dan menyalahkan bekas isterinya Muskaan sebagai cuai malah turut menuduh wanita itu menjual anak sendiri sedangkan kanak-kanak berkenaan dilarikan teman wanitanya yang mematuhi perancangan pelakon berkenaan.

Polis melancarkan operasi mencari kanak-kanak itu sejak tiga bulan lalu sebelum menemuinya di rumah Mohd Shahid di Laxmi Nagar.

Pelakon itu bercerai dengan isterinya tiga bulan lalu dan bekas isterinya mendapat hak penjagaan anak lelaki mereka, Sehnaz, dua, sebelum mengahwini lelaki lain.

Pada 25 Jun lalu, Mohd Shahid menemui Muskaan untuk membawa Sehnaz keluar membeli-belah sempena Aidiladha dan turut memperkenalkan mereka dengan teman wanitanya Sunaina.

Sunaina kemudian membawa kanak-kanak itu membeli jus buah sebelum melarikannya.

Sepanjang tiga bulan siasatan, polis semakin curiga dengan pelbagai keterangan bercanggah diberikan Mohd Shahid sebelum akhirnya mendapat maklumat kanak-kanak berkenaan sebenarnya berada di rumah dikongsi pasangan kekasih berkenaan.

Suspek bakal didakwa di mahkamah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 10:13 AM